KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN JABATAN KEWANGAN DAN PERBENDAHARAAN NEGERI MELAKA
Pentadbiran kelab ini akan diamanahkan kepada satu jawatankuasa yang mengandungi seorang Pengerusi, Naib Pengerusi, Setiausaha, Penolong Setiausaha, Bendahari dan 5 orang Jawatankuasa yang dipilih pada setiap 2 tahun sekali dalam mesyuarat agung. Ini terkecuali bagi jawatan Pengerusi dan Naib Pengerusi yang terlantik secara automatik oleh sesiapa yang menjawat jawatan Timbalan Pegawai Kewangan Negeri bagi jawatan Pengerusi dan Bendahari Negeri bagi jawatan Naib Pengerusi. Semua Jawatankuasa kecuali dua jawatan teratas hendaklah dicadang, disokong dan dipilih dalam mesyuarat agung yang berkaitan